MINGGU 11- HURAIAN
NASUHA BINTI NAZIR
194600
Masihkah Kau
Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).
- Penulis perlu menggunakan ayat dan kreativiti sendiri
tanpa merujuk mana-mana artikel.
2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.
- Penulis perlu menggunakan turnitin untuk memeriksa kertas
ilmiah sebelum menghantar kepada penyelia. Turnitin merupakan sebuah aplikasi
bertujuan untuk memeriksa peratusan sumber kajian tersebut dan boleh meneliti
sejauh mana plagiarism dalam kajian kita.
3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
- Perbanyakkan rujukan primer berbanding sekunder. ia
bermaksud rujukan primer mempunyai maklumat yang asli dan lebih dipercayai.
4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).
- Penulis perlu banyak membaca artikel sebelum menjalankan
kajian.Artikel yang dimaksudkan ialah kajian lepas tentang sesuatu kajian yang
bakal kita laksanakan. Ia bertujuan untuk membantu kita untuk lebih memahami
tentang kajian yang bakal dilakukan.
5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan
- Penulis perlu melibatkan diri dalam pelbagai seminar atau
penyampaian tentang teknik atau pun yang berkaitan dengan kajiannya.
6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang
- Penulis perlu saling berhubung dengan penyelia
masing-masing untuk mendapatkan maklumat atau kesahihan tentang sesuatu
perkara. Penulis tidak digalakkan berbincang bersama rakan kerana mereka tidak
mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikaji.
7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 -12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
- Penulis perlu menghasilkan penulisan yang berilmiah dan
kritis. Untuk membuktikan kajian itu kritis, ianya perlulah sarat dengan
pelbagai informasi. Pembahagian dalam setiap bab pula dicadangkan seperti
berikut:
Bab 1 ( 10-12 ms)
Bab 2 ( 30@50)
Bab 3 ( 10-12 ms)
Bab 4 ( 40 ms )
Bab 5 ( 8-12 )
8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.
- Halaman muka surat bagi kajian adalah berbeza-beza mengikut aras pengajian yang diambil.
Peringkat Bacelor: 80 halaman
Peringkat Master: 81-150 halaman
Peringkat Phd: 151- 240 halaman
9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
- Sebelum menjalankan sesebuah kajian, penulsi perlu
menyediakan jadual dan tempoh masa dalam menyiapkan tugasan disertasi mereka.
Mereka perlu bijak dalam menguruskan jadual agar kajian yang dilakukan dapat
difokuskan dan data yang diperoleh lebih mudah dan dipercayai.
RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang.
Penerbit Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment