Thursday 31 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)


MINGGU 10 – RESIPI (1)

                               

              NURULHUDA FATINI BINTI OTHMAN         NASUHA BINTI NAZIR

                                         (192967)                                                         (194600)




Masakan Ayam Masam Manis Di Atas Loyang

⭐⭐⭐⭐⭐       7 Penilaian   |   4 Ulasan   |    5 Gambar

Diilhamkan oleh rasa hidangan Asia kegemaran kami, berikut adalah resipi yang menggunakan khasiat buah nenas dan sayuran biasa. Untuk menjadikannya seakan kepingan , ayam tidak dilapisi tepung roti atau digoreng. Masukkan sebilangan besar sos enak yang anda suka, dan jika ada lebih, simpan sos menggunakan bekas tertutup dan letakkannya di dalam peti sejuk, sehingga satu minggu. Ia juga sos yang enak untuk pembuka selera gaya Asia. Hidangkan bersama nasi kukus panas.


Bahan-bahan

 2 (8 auns/227gm)  tin nenas yang telah dipotong.

 1 biji lada benggala merah, dibuang biji dan dipotong menjadi kepingan 1 inci.

 1 biji lada benggala hijau, dibuang biji dan dipotong menjadi kepingan 1 inci.

 1 batang lobak merah, dikupas dan dipotong secara menyerong.

 ½ ulas bawang merah, dipotong 1 inci.

 3 sudu besar minyak avokado.

 Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

 1 ½ paun (680gm)  dada ayam tanpa kulit dan tulang, dipotong 1 inci.

 Air mengikut keperluan.

 2 sudu besar tepung jagung

 ½ cawan gula perang ringan.

 ⅓ cawan cuka beras.

 3 sudu besar sos tomato.

 3 sudu besar kicap.

 1 sudu besar sos cili bawang putih.

 1 sudu besar pes halia bawang putih.

 ⅛ sudu teh serbuk lada putih.

Cara-cara Memasak

 

Langkah 1 

 

Panaskan ketuhar hingga 425 darjah F (220 darjah C).

Langkah 2

 

Keringkan nenas dan masukkan jusnya ke dalam cawan pengukur cecair. Letakkan nenas yang telah dikeringkan ke dalam mangkuk adunan yang besar, ketepikannya.

Langkah 3

Masukkan lada benggala, lobak merah dan bawang merah ke dalam nenas. Tuangkan 2 sudu minyak avokado di atasnya dan taburkan garam dan lada. Kacau sehingga disaluti minyak dan perasa. Kemudian, tuangkan ke atas loyang sehingga menjadi satu lapisan. Masukkan ayam ke dalam mangkuk adunan. Masukkan 1 sudu minyak dan perasakan dengan garam dan lada. Letakkan ayam tadi di antara nenas dan sayur-sayuran.

Langkah 4

Bakar ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga sayur-sayuran menjadi lembut dan masak ayam lebih kurang 25 minit.

Langkah 5

Sementara itu, tambahkan air secukupnya ke dalam jus nenas yang tersedia untuk dijadikan 1 cawan cair. Asingkan 3 sudu besar jus ke mangkuk kecil dan tambahkan tepung jagung. Kacau menggunakan garfu atau pengadun sehingga sebati.

Langkah 6

Tuangkan baki cairan ke dalam periuk dan tambahkan gula perang, cuka beras, sos tomato, kicap, sos bawang putih, pes halia bawang putih dan lada putih. Didihkan, kacau sekali sekala dengan api sederhana tinggi. Perlahan-lahan masukkan campuran tepung jagung, dan kacaukannya. Didihkan semula dan biarkan menjadi pekat, sentiasa kacau selama 1 minit.

Langkah 7

Tuangkannya di atas ayam, nenas, sayur-sayuran dengan sos untuk dihidangkan.

 

Nota Masakan:

Anda boleh menggunakan minyak masak neutral untuk menggantikan minyak avokado.

Untuk menjimatkan masa, selain daripada membuat sos, anda juga boleh menggunakan tin sos masam manis Asian.  


Fakta Pemakanan
Setiap Hidangan:

524 kalori; 37.7gm protein; 58.6gm karbohidrat; 14.9gm lemak; 96.9mg kolesterol; 1236.2mg sodium.             
                                                         
RUJUKAN:
Allrecipes. (2020). Sheet Pan Sweet And Sour Chicken. Dicapai pada Disember 30, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/279987/sheet-pan-sweet-and-sour-chicken/

Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 10 ❤


 

No comments:

Post a Comment