Thursday 31 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

 


MINGGU 10 – RESIPI (2)

                               

              NURULHUDA FATINI BINTI OTHMAN         NASUHA BINTI NAZIR

                                         (192967)                                                         (194600)






Bahan-bahan

Cili :

1 paun (454gm) daging lembu kisar.

 ½ biji bawang besar dipotong dadu.

1 (15.5 auns/439gm) tin kacang merah, dibilas dan dikeringkan.

1 (15.5 auns/439gm) tin kacang hitam, dibilas dan dikeringkan.

1 (15 auns/425gm) tin sos tomato.

1 (15 auns/425gm)  gram air.

2 sudu besar serbuk cili.

1 sudu gula perang.

1 sudu teh serbuk jintan.

1 sudu teh serbuk koko tanpa gula.

½ sudu teh garam.

½ sudu teh oregano kering.

½ sudu teh serbuk bawang putih.

½ sudu teh serbuk bawang.

¼ sudu teh lada cayenne.

¼ sudu teh serbuk lada hitam.

¼ sudu teh serbuk paprika.

Roti Jagung :

¾ cawan tepung serbaguna.

5 sudu besar tepung jagung.

¼ cawan gula.

2 sudu teh serbuk penaik.

½ sudu teh garam.

½ cawan susu.

1 biji telur, dipukul ringan.

2 sudu besar mentega masin, dilembutkan.

¼ sudu teh ekstrak vanilla.

Cara-cara Memasak

 

Langkah 1 

 

Panaskan ketuhar hingga 400 darjah F (200 darjah C).

 

Langkah 2

 

Panaskan kuali dalam berukuran 12 inci di atas api sederhana tinggi, pusingkannya sekali sekala sehingga panas , 5 hingga 8 minit. Masukkan daging lembu dan bawang, masak dan kacau sehingga daging berwarna kecoklatan dan bawang menjadi lembut, 5 hingga 7 minit. Buangkan minyak.

 

Langkah 3 

 

Perlahankan api hingga sederhana dan masukkan kacang merah, kacang hitam, sos tomato, air, serbuk cili, gula perang, jintan, serbuk koko, garam, oregano, serbuk bawang putih, serbuk bawang, lada cayenne, lada hitam dan paprika. Didihkan dan masak sehingga panas lebih kurang 5 minit.

 

Langkah 4

 

Semasa cili sedang dipanaskan, gaulkan tepung, tepung jagung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam sebuah mangkuk kecil. Campurkan susu, telur, mentega dan ekstrak vanilla. Letakkan campuran roti jagung di atas cili.

 

Langkah 5 

 

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga roti jagung garing dan berwarna perang keemasan, lebih kurang 20 minit.

 

Fakta Pemakanan
Setiap Hidangan:

379 kalori; 19.8gm protein; 45.4gm karbohidrat; 13.8gm lemak; 66.9mg kolesterol; 1111.2mg natrium. 

                             

RUJUKAN:

Allrecipes. (2020). One-Skillet Hearty Chili and Cornbread. Dicapai pada Disember 30, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/279932/one-skillet-hearty-chili-and-cornbread/


Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 10 ❤



No comments:

Post a Comment