Thursday, 7 January 2021

BBN3402SATU2020 MINGGU11 HURAIAN TESIS

 

MINGGU 11- HURAIAN TESIS

NASUHA BINTI NAZIR

194600



Masihkah Kau Ingat?

 

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

- Penulis perlu menggunakan ayat dan kreativiti sendiri tanpa merujuk mana-mana artikel.

 

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

- Penulis perlu menggunakan turnitin untuk memeriksa kertas ilmiah sebelum menghantar kepada penyelia. Turnitin merupakan sebuah aplikasi bertujuan untuk memeriksa peratusan sumber kajian tersebut dan boleh meneliti sejauh mana plagiarism dalam kajian kita.

 

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

- Perbanyakkan rujukan primer berbanding sekunder. ia bermaksud rujukan primer mempunyai maklumat yang asli dan lebih dipercayai.

 

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

- Penulis perlu banyak membaca artikel sebelum menjalankan kajian.Artikel yang dimaksudkan ialah kajian lepas tentang sesuatu kajian yang bakal kita laksanakan. Ia bertujuan untuk membantu kita untuk lebih memahami tentang kajian yang bakal dilakukan.

 

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan

- Penulis perlu melibatkan diri dalam pelbagai seminar atau penyampaian tentang teknik atau pun yang berkaitan dengan kajiannya.

 

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang

- Penulis perlu saling berhubung dengan penyelia masing-masing untuk mendapatkan maklumat atau kesahihan tentang sesuatu perkara. Penulis tidak digalakkan berbincang bersama rakan kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikaji.

 

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 -12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

- Penulis perlu menghasilkan penulisan yang berilmiah dan kritis. Untuk membuktikan kajian itu kritis, ianya perlulah sarat dengan pelbagai informasi. Pembahagian dalam setiap bab pula dicadangkan seperti berikut:

 

Bab 1 ( 10-12 ms)

Bab 2 ( 30@50)

Bab 3 ( 10-12 ms)

Bab 4 ( 40 ms )

Bab 5 ( 8-12 )

 

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

- Halaman muka surat bagi kajian adalah berbeza-beza mengikut aras pengajian yang diambil.

Peringkat Bacelor: 80 halaman

Peringkat Master: 81-150 halaman

Peringkat Phd: 151- 240 halaman

 

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

- Sebelum menjalankan sesebuah kajian, penulsi perlu menyediakan jadual dan tempoh masa dalam menyiapkan tugasan disertasi mereka. Mereka perlu bijak dalam menguruskan jadual agar kajian yang dilakukan dapat difokuskan dan data yang diperoleh lebih mudah dan dipercayai.

 

RUJUKAN : 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia




Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 11 ❤






BBN3402SATU2020 MINGGU11 QUOTATION(4)


  MINGGU 11- QUOTATION(4)

NASUHA BINTI NAZIR

194600



1. Teks asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan bahasa Melayu: Saya dapat melihat di mata anda bahawa anda adalah orang yang baik hati.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {2} Diri (halaman 20)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari

 

2. Teks asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.

Terjemahan bahasa Melayu: Seorang rakan adalah ketika dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda cuba menjelaskan keadaannya.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {4} Saya Faham (halaman 21)

Saya kata “apa khabar”

Dia jawab “khabar baik”

Ucapan untuk dia

Uncapan untuk saya

 

3. Teks asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Terjemahan bahasa Melayu: Sahabat yang baik adalah ketika dia tidak bersikap menghakimi terhadapmu.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {3} Saya tahu (halaman 20)

Saya cuba memahami

Diri saya yang sendiri

Mengapa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati

 

4. Teks asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan bahasa Melayu: Tidak kira betapa bersedia anda menghadapi dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasa cabaran.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {3} Saya yang Istimewa (halaman 20)

Saya dengan dunia

Belajar berdikari setiap masa

Hormati orang lebih dewasa

Satu perkara disanjung bersama


5. Teks Asal : I am willing to share what 1 have with others.

Terjemahan bahasa Melayu: Saya bersedia berkongsi apa yang saya ada dengan orang lain.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {3} Saya yang istimewa (halaman 20)

Saya yang istimewa

Dilihat orang setiap masa

Kasih sayang dikongsi bersama

Abang kakak dan adik serta ibu bapa

 

6. Teks asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan bahasa Melayu: Apa yang saya ada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Jujurlah dalam semua yang anda lakukan.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {2} Diri (halaman 20)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari


7. Teks asal: Be kind. Be honest. Work hard and do you best.

Terjemahan bahasa Melayu: Berbuat baik. Jujurlah. Bekerja keras dan lakukan yang terbaik.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {2} Diri (halaman 20)

Baik hati nurani

Kuatkan jati diri

Mulia peribadi

Perasaan tenang tidak terperi

 

8. Teks asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan bahasa Melayu: Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Bukti: Model penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {4} Saya tahu (halaman 21)

Hati saya siapa yang tahu

Saya sendiri jadi keliru

Ingin menangis seperti selalu

Air mata keluar menderu

 

9. Tesk asal:  Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.

Terjemahan bahasa Melayu: Walaupun saya dicabar secara emosional tetapi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membuat anda merasa terbeban.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {4} Saya tahu (halaman 20)

Saya cuba memahami

Diri saya sendiri

Mengapa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati

 

10. Teks asal: My parents will be happy when I am a better person.

Terjemahan bahasa Melayu: Ibu bapa saya akan gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik.

Bukti: Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak, {1} Keluarga (halaman 19)

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 11 ❤




Thursday, 31 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?


MINGGU 10- TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

NASUHA BINTI NAZIR

194600


Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

5. Menghadiri seminar atau persidangan supay mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar lain bukan pakar dalam bidang.

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bachelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (1012 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bachelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

9.  Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian. 

 

   Are You Still Remember?

1. Write and reorder by using his own sentence (Do not copy paste) from articles or books).

2.  Use Turnitin or other tools before shipping to a supervisor or journal.

3. Make reference from key references. Avoid many secondary references.  

4.  Read many of the latest articles to better understand what studies to    conduct (minimum 50 articles). 

5.  Attend seminars or conferences to get input on relevant studies.   

6. Discuss with the supervisor on the research conducted. Avoid discussing with other students because other students are not experts in the field.

7. Number of pages (approximately) for Chapters (10-12 pages), Chapter 2 (30 pages - bachelor and Master; 50 pages - PhD), Chapter 3 (10-12 pages), Chapter 4 (40 pages for each objective and Chapter 5 (8-12 pages).

8. The entire thesis should have approximately a maximum of 80 pages (bachelor), 81-150 (Master) and 151-240 (PhD). *Conquered by the will of the lecturer, facultate and university. 

9.  Create a design or schedule for the entire study period.


Rujukan :

    Normaliza Abd Rahim. (2019).  Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.



Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 10 ❤



BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 

MINGGU 10- QUOTATION

NASUHA BINTI NAZIR

194600


1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan berjuang lagi agar saya kembali tenang.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Alim berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Memori terakhir kita bersama akan kekal sebagai saat bahagia yang saya hargai selama-lamanya.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam. Alim juga tahu di mana reban ayam yang baharu.

 

3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga daripada yang lain.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi.

 

4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ia selalunya akan menjadi sukar.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.

 

5.Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Alim suka Cikgu Anis. Cikgu Anis baik hati. Cikgu Anis selalu mengajar Alim di kelas. Alim mahu menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis.

 

6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat mengungkapkan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada anda.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

. "Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah," arah ibu sambil menunjukkan ke arah bakul sampah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.

 

8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya mahu seseorang memberitahu saya bahawa ia akan baik-baik saja.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Nenek memujuk Ali. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.

 

9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik kelak.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

“Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

 

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 10 ❤



BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

 

MINGGU 10 – RESIPI (4)

                               

              NURULHUDA FATINI BINTI OTHMAN         NASUHA BINTI NAZIR

                                         (192967)                                                         (194600)


Lada Benggala Berisi Ayam Belanda Rendah Karbohidrat

⭐⭐⭐⭐⭐       7 Penilaian   |   5 Ulasan   |    3 Gambar

Hidangkan sajian keluarga klasik yang lebih sihat di meja makan dengan menggantikan daging lembu dengan daging ayam belanda, dan gunakan beras kubis bunga dan bukannya nasi putih karbohidrat tinggi.


Bahan-bahan

 

semburan minyak masak tanpa lemak

 1 sudu minyak zaitun

1 paun (454gm) daging ayam belanda kisar

½ cawan bawang dipotong dadu

3 sudu besar lada jalapeno segar dipotong dadu, atau secukup rasa

2 ulas bawang putih, dicincang

2 cawan beras kubis bunga beku (seperti Green Giant®)

1 (14.5 auns/411gm) biji tomato potong dadu, tanpa biji

1 (8 auns/226.8gm) tin sos tomato

½ cawan air

2 sudu teh pes cili sambal oelek

½ sudu teh garam

½ sudu teh lada hitam yang baru digiling

2 biji lada benggala besar, mana-mana warna - dipotong dua memanjang, dibuang isi dan biji

4 (1 inci) kiub Keju Colby-Jack

kerajang aluminum

⅓ cawan keju Colby-Jack yang diparut

4 sudu teh krim masam kurang lemak

8 keping jeruk lada jalapeno (Pilihan)

Cara-cara Memasak

 

☑ Langkah 1 

 

Panaskan ketuhar hingga 375 darjah F (190 darjah C). Semburkan loyang dengan semburan minyak masak.

 

☑ Langkah 2

 

Panaskan minyak zaitun dalam kuali besar di atas api sederhana. Masukkan ayam belanda kisar, bawang, jalapeno, dan bawang putih. Masak dan kacau sehingga ayam belanda dan sayur-sayuran lembut, 8 hingga 10 minit. Tiriskan minyak dari kuali. Masukkan beras kubis bunga, tomato, sos tomato, air, pes cili, garam, dan lada; kacau hingga sebati. Kecilkan api dan reneh selama 5 minit.

 

☑ Langkah 3 

 

Letakkan bahagian lada benggala yang dipotong separuh ke dalam loyang yang disediakan. Letakkan 1 kiub keju Colby-Jack dalam setiap bahagian potongan lada benggala, dan isikan dengan campuran ayam belanda. Masukkan baki campuran ayam belanda ke dalam piring di sekeliling lada benggala.

 

☑ Langkah 4

 

Tutup loyang dengan kerajang aluminium, dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 minit. Buka kerajang dan taburkan setiap lada dengan keju Colby-Jack yang telah diparut. Bakar, tanpa penutup, sehingga lada lembut dan keju cair, lebih kurang 10 minit lagi.

 

☑ Langkah 5 

 

Untuk dihidangkan, kaupkan sedikit campuran ayam belanda ke dalam pinggan, dan letakkan potongan lada benggala di atasnya. Hiaskan setiap hidangan dengan 1 sudu teh krim masam dan 2 hirisan jalapeno.

 

Fakta Pemakanan

Setiap Hidangan:

463 kalori; 36.4gm protein; 21.6gm karbohidrat; 27.2gm lemak; 130.1mg kolesterol; 1313.5mg natrium. 

                             

RUJUKAN : 

Allrecipes. (2020). Low Carb Turkey-Stuffed Peppers. Dicapai pada Disember 30, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/276832/low-carb-turkey-stuffed-peppers/


Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 10 ❤