Friday, 22 January 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 

NASUHA BINTI NAZIR

194600


“Betul ke Prof Maliza garang weyh?”

“Betul ke Prof suke seksa studentnya?”

Haih macam-macam la aku dengar, tapi aku tetap positif macam mana korang kenal aku. Standard la semua pensyarah ada gayanya. Ada yang caring , ada yang suka bagi banyak asaimen, ada yang x masuk kelas, tetiba A subjek tu. Ahahahha !

Tu lah keindahan yang ada di Upm. Ekau ade?

Sebenarnya waktu kuliah Minggu 1 bermula, aku sedang bekerja sambilan di sebuah syarikat. Bayangkanlah aku bekerja sambil belajar. X ke serabut?

Tapi nasib baik bos faham dan bagi aku kelonggaran memandangkan aku staff kesayangan :p

Setiap kali hari isnin, tipulah kalau semua x gerun cuyy. Aku selalu lambat masuk zoom weyh, Untung PA aku orangnya punctual, suka call aku dan ingatkan tugasan. Ha jangan salah faham, PA tu bukan Personal Assistant tapi “Partner Angel”. Huda namanya. Dia lah suke memberi tanpa menerima. Terima kasih untuk segala kenangan yang telah kita lalui. Uhuks sedih pula :’3

Siapa jangka sem akhir ini, kita lalui secara dalam talian. Macam-macam ragam bila kelas online ni, Kene buka kameralah, Mic tak tutuplah, Bunyi Ayam lah, Bunyi lesung la, hahahah meriah… Kelas Prof wajib buka kamera taw! Kalau x buka, prof akan seru potong markah. Aaa tahu takut. Time tu lah boleh tahu dah mandi ke belum >_<

Seronok belajar dengan Prof sebenarnya , sebab Prof mengajar kita untuk belajar menghormati masa, due date yang diberikan bukan sehari dua. Tapi kene siapkan HARITU juga by hook or by crook. Time tu la hormon Adrenalin kau keluar.. Lambat seminit x dikira. Nasib geng2 Penterjemahan Berbantukan Komputer semua hebat2 belaka, boleh siapkan sekelip mata :D

Isnorrizal leader kami, selalu berhubung dengan Prof kalau berkaitan kerja. Mana taknya, kitorang semua takut nak whatsapp, So, Isnorrizal la yang akan bagitahu perkara2 penting berkaitan kerja. Terima kasih Isnorrizal menjalankan tugas leader dengan baik! Jasamu Dikenang.

Prof, terima kasih banyak mendidik kami. Saya doakan urusan Prof dipermudahkan oleh Allah, Diberi kesihatan yang baik, Dimurahkan rezeki selalu. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Prof Dr Normaliza <3 


MINGGU 1

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL


MINGGU 2

BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL


MINGGU 3

BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI


MINGGU 4

BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1


MINGGU 5

BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN


MINGGU 6

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS


MINGGU 7

BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL


MINGGU 8

BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS


MINGGU 9

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA


MINGGU 10

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?


MINGGU 11

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)


MINGGU 13

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Thursday, 7 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)

 

MINGGU 11- TERJEMAHAN VIDEO (13)



Teks asal:

                                        Kesimpulan (Bab 5) #JomTulisTesis.

Kita akan mula membincangkan tentang penulisan dalam Bab 5. Dalam Bab 5 ini, kita sebenarnya mempunyai, kalau kita lihat dalam buku ini, kita mempunyai lebih kurang enam subtopik. Kalau kita lihat enam subtopik ini, kita mulakan 5.1 iaitu pengenalan seperti yang saya katakan sebelum ini dalam semua bab mesti mengandungi pengenalan dan juga kesimpulan. Namun, Bab 5 kesimpulan digantikan dengan penutup. Jadi pengenalan bab ini kita cuma huraikan apa yang terkandung dalam Bab 5 ini. Seterusnya, kita akan membincangkan tentang rumusan. Bahagian rumusan ini, sebenarnya kita tengok berapa jumlah objektif kita. Sekarang ni kita ada dua objektif. Jadi dalam rumusan maknanya kita akan membincangkan dalam dua perenggan sahaja. Tidak perlu banyak perenggan sebab rumusan ini kita sudah pun bincangkan dalam Bab 4. Jadi tidak perlu panjang lebar. Jadi kita mempunyai perenggan satu, perenggan dua. Jadi maknanya sekarang kita rumuskan objektif satu yang tentang mengenal pasti wacana tekstual animasi cerita rakyat Melayu, letak dalam satu perenggan. Kemudian menganalisis kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dalam perenggan kedua. Jadi ingat ya, dalam rumusan ini kita tidak perlu lagi nk menulis tentang apa yang data kita dapat, berapa orang sampel apa semua tu. Kita Cuma letak apakah keputusan kajian tapi dengan cara rumusan, makanya dengan cara ringkas sahaja. Namun, jika kita punya kajian kita berbentuk kualitatif, maknanya dalam rumusan ini kita letaklah data keputusan itu sahaja. Jadi bukanlah data yang awal yang kita peroleh tetapi data keputusan akhir sahaja. Yang itu kita boleh letak dalam bentuk penomboran. Jadi dalam rumusan ini ingat ya, ringkas dan juga dalam rumusan tidak boleh sama dengan rumusan dalam Bab 4, tidak boleh sama, kena berhati-hati di situ ya. Seterusnya kita masuk kepada implikasi, implikasi ini ialah tentang apakah implikasi kajian ini tentang keputusan kajian yang awak dapat diperoleh ni, apakah implikasi dia. Memberi manafaat kepada siapa. Jadi awak kena senaraikan dalam bentuk perenggan juga. Jadi ini pastikan bahawa implikasi ini agak berbeza dengan apa yang awak tulis dalam kepentingan kajian. Jadi yang inilah kita lebih terperinci lagi lah. Contohnya kalau kita nampak kepentingan kajian itu dalam kalangan masyarakat keseluruhannya, jadi dalam implikasi itu siapa dalam golongan siapa, pelajar sekolah rendah sahaja ke, pelajar istimewa ke, pelajar sekolah. Jadi kita akan rincikan dengan lebih teliti ya. Kemudian kita akan masuk 5.4 ya. 5.4 ini kebaharuan. Okay ini perkara yang baharu ya, perkara yang baharu yang mana biasanya tesis jarang kita dapat lihat tentang subtopik ini tetapi kita perlu wujudkan subtopik kebaharuan. Apa kebaharuan ni?. Dalam bahasa Inggerisnya ialah novelty. Jadi novelty ini penting ya, dimana kita akan menunjukkan apa perkara baharu yang kita peroleh yang kita dapat setelah kita jalankan kajian, kita dapatkan keputusan kajian, apa kebaharuannya. Kalau kita lihat dalam kita punya kajian ini, di sini contohnya, jadi contohnya ya, dalam animasi cerita rakyat Melayu ini, okay yang diterbit oleh Dewan Bahasa Pustaka, contohnya ya ia terbit tahun 2020. Baru sahaja diterbitkan. Jadi baru sahaja diterbitkan maknanya tak de siapa lagi lah yang boleh buat kajian lagi. Jadi awak lah orang yang pertama yang membuat kajian ini. Dan juga, contohnya sekarang, skrip animasi ini memanglah perkara baharu serupa, benda yang sama ya skrip animasi ini diberi pendapat oleh pelajar sekolah, okay tentang pandangan dia, tentang skrip animasi. Perkara baharu juga. Jadi perlu dihuraikan dalam satu perenggan sahaja tentang apakah kebaharuan yang terdapat dalam kajian awak ini. Jadi huraikan dalam satu perenggan tentang yang tadi lah skrip animasi itu dan juga tentang kesan dia bagaimana pelajar sekolah rendah dapat memberi pendapat tentang skrip itu tersebut ya. Okay seterusnya 5.5 ialah cadangan. Cadangan ini biasanya kekadang pelajar dia buat silap ya, dia buat salah sikit, jadi yang ini awak boleh buat dalam bentuk subtopik. Jangan letak macam contoh ada pelajar dia pergi letak perkataan, subtajuk dia metodologi, kemudian dia huraikan, dia anggapkan bahawa dia cadangkan dari segi metodologi ubah. Ini tidak jelas ya. Jadi apa perlu awak buat, jangan letak yang macam ni awak kena cadangkan tajuk dia. Jadi kalau contohnya, kajian ini ‘wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat’, okay jadi awak boleh cadangkan ya dalam skrip animasi cerita rakyat ini juga mengandungi lirik lagu ataupun lagu cerita rakyat. Jadi awak boleh cadangakan kajian tentang lirik lagu animasi cerita rakyat. Jadi bawah ni awak perlu buat huraian, huraian tentang apa yang dimaksudkan yang ini. Okay barulah yang ini cadangan awak lebih fokus daripada awak letak satu perkataan sahaja. Itu tidak berfokus. Jadi itu baru satu. Kemudian 5.1.2 awak cadangkan yang lain lagi mungkin daripada skrip animasi cerita rakyat tu awak boleh cadangkan kajian kepada kanak-kanak yang berumur tujuh tahun untuk mengenal pasti kata kerja ataupun kata adjektif dalam skrip animasi cerita rakyat. Itu bendanya kita letak seluruh ayat tu kena beri huraian apa benda dia, macam mana kajian itu dijalankan. Okay yang untuk cadangan ini, kita letak minima tiga dan maksima kita letak lima kerana ada pelajhar kadang-kadang dia letak satu sahaja. Jadi satu sahaja menunjukkan bahawa kajian awak yang sebelum ni tak lah berapa penting dan sampai tak de kajian lagi yang boleh, kajian lanjutan yang kita boleh cadangkan. Jadi lebih baik kita letakkan minima tiga, seperti yang saya kata, saya ulang tadi ya, letakkan tajuk, tajuk ya jangan perkataan, letakkan tajuk kemudian beri huraian, letakkan ayat tajuk kajian, huraian. Kemudia letak tiga. Seterusnya, yang akhir ialah penutup. Yang penutup ini satu perenggan sahaja. Okay dalam satu perenggan sahaja iaitu awak kena tutup bukan sahaja Bab 5 tapi keseluruhan tesis. Jadi yang ini ya perlu diingat bahawa ini ayat awak sendiri. Tidak ada data lagi dah dalam tu, tak de rujukan dah, tak perlu ada. Ini ayat awak sendiri, awak nak tutup awak punya kajian. Dah penat buat bertahun-tahun tesis ini awak perlu tutup. Ini ayat sendiri lah. Ayat yang tentang kajian awak. Jadi keseluruhan Bab 5 ini biasanya lapan hingga 10 halaman. Tidak perlu panjang kerana kalau dilihat pengenalan ringkas sahaja, dan juga penutup baru seperenggan seperenggan, baru satu halaman, yang lain sahaja huraian. Ini lebih kurang. Lebih kurang dia punya halaman ya. Jadi jangan lebih-lebih. Sebab ada didapati pelajar dia letak sampai 20 halaman, tak tau apa yang dia letak. Kadang-kadang jadi yang banyak sangat halaman tu sebab rumusan ini. Dia pergi copy paste daripada Bab 4 ataupun huraian yang dia ada ni entah mana yang dia dapat pula, dia letak pulak rujukan tiba-tiba. Ingat, dalam rumusan ni dah tak perlu ada rujukan lagi dah. Tak perlu dah sebab kita nak merumuskan. Kalau rujukan-rujukan ni kita dh ada letak dalam Bab 4. Jadi tak perlu ada rujukan lagi dah dalam ini. Implikasi ni pun tak perlu ada rujukan dah. Malah kebaharuan ini pun dah tak perlu ada rujukan, cadangan pun tiada. Sebab Bab 5 ni kebanyakannya kita nak simpulkan keseluruhan kajian yang kita telah jalankan. Okay.
 
Teks Terjemahan:
                                       Conclusion (Chapter 5) #Let'sWriteAThesis.

We will begin to discuss the writing in Chapter 5. In this Chapter 5, we actually have, if we look in this book, we have about six subtopics. If we look at these six subtopics, we start with 5.1 which is the introduction as I said before in all the chapters should contains an introduction and also a conclusion. However, Chapter 5 conclusion is replaced by a closing. So, in the introduction to this chapter we just describe what is contained in this Chapter 5. Next, we will discuss the summary. Part of this summary, we actually see how many of our objectives are. Now we have two objectives. So, in summary it means we will discuss in two paragraphs only. There is no need for many paragraphs because this conclusion we have already discussed in Chapter 4. So, there is no need for length. So, we have paragraph one, paragraph two. So, does this mean we now conclude that the objective of identifying textual discourse animation Malay folklore, put in one paragraph. Then analyze the effect of animation script Malay folklore among primary school students in the second paragraph. So remember, in this summary we no longer need to write about what data we get, how many people sample what it all is. We just put what the results of the study but in a concise way, so in a concise way only. However, if we have our study in the form of qualitative, it means in this summary we put the data of the results only. So, it is not the initial data that we obtain but the final decision data only. That we can put in the form of numbering. So, in this summary remember, concise and also in the summary can not be the same as the summary in Chapter 4, can not be the same, be careful there okay. Next, we go into the implications, these implications are about what are the implications of this study about the results of the study that you can obtain, what are the implications of it. Benefit to whom. So, you have to list it in paragraph form as well. So, make sure that these implications are quite different from what you wrote in the important of the study. So, this is what we are more detailed about. For example, if we see the importance of the study in society as a whole, so in that implication who is in the group of who, only primary school students, special students, or school students. So, we will detail in more detail okay. Then we will enter 5.4 okay. 5.4 is a novelty. Okay this is a new thing, a new thing which is usually the thesis we rarely see about this subtopic but we need to create a novelty subtopic. What is this novelty?. In Malay it is kebaharuan. So, this kebaharuan is important okay, where we will show what new things we get that we get after we conduct a study, we get the results of the study, what is the novelty. If we had seen in our study, here for example, be an example, in this animation Malay folklore, okay published by Dewan Bahasa Pustaka, for instance okay it was published in 2020. Recently published. So, it has just been published, meaning no one else can do the research anymore. So, you are the first person to do this study. And also, for example now, this animated script is indeed a similar new thing, the same thing this animated script is given an opinion by the school student, okay about his views, about the animated script. New things too. So, it is necessary to describe in one paragraph only about what novelties are found in this study of yours. So, describe in one paragraph about the previous animated script and also about the effect he had on how primary school students can give an opinion about the script. Okay next 5.5 is a suggestion. This suggestion is usually a student he made a mistake, he did a little wrong, so this one you can do in subtopic form. Do not put an example of a student he went to put a word, subtitled him methodology, then he elaborated, he assumed that he suggested in terms of methodology change. This is not clear. So, what do you need to do, do not put something like this you have to suggest the title of him. So, if for example, this study is ‘textual discourse of folklore animated script script’, okay so you can suggest in this folklore animation script also contains song lyrics or folklore songs. So, you can suggest a study on the lyrics of animated folklore songs. So, below you need to make a description, a description of what this means. Okay then this is your suggestion more focused than you put just one word. That is not focused. So, that's just one. Then 5.1.2 you suggest something else that might be from the folklore animation script then you can suggest a study to a seven-year-old child to identify the verbs or adjectives in the folklore animation script. That's the thing we put the whole sentence has to give a description of what he is, how the study was conducted. Okay for this suggestion, we put a minimum of three and a maximum of five we put because there are students who sometimes put only one. So, only one shows that your previous study is not as important and until there is no further study that can be, further study that we can suggest. So, we better put a minimum of three, as I said, I repeated okay, put a title, a title yes do not words, put a title then give a description, put a sentence of the title of the study, a description. Then place three. Next, the last one is the cover. The cover is one paragraph only. Okay in one paragraph only that you have to cover not only Chapter 5 but the whole thesis. So, this one keep in mind that this is your own sentence. There is no more data in it, no reference, no need. This is your own sentence, you want to close you have a study. Tired for many years doing this thesis, this thesis you need to close. This is the verse itself. A sentence about your study. So, the whole of this Chapter 5 is usually eight to 10 pages. It does not need to be long because if you look at the brief introduction only, and also the closing of a paragraph, there were just one page, only another is description. This is more or less. More or less about the pages. So, do not overdo it. Because there are students he puts up to 20 pages, do not know what he puts. Sometimes there are so many pages because of this summary. He went to copy and paste from Chapter 4 or the description he had, no matter where he got it, he suddenly put a reference. Remember, in this summary there is no need for a reference anymore. No need because we want to summarize it. If we have these references, we have them in Chapter 4. So, there is no need for any references in this. This implication does not even need a reference. Even this novelty does not need a reference, no suggestions. Because most of Chapter 5 we want to summarize the whole study that we have conducted. Okay.


RUJUKAN :

    Normaliza Abd Rahim. (2019).  Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Youtube Channel Prof. Dr Normaliza - https://youtu.be/EQSL1RPfhtk



   


Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 11 ❤



BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)


 MINGGU 11- TERJEMAHAN VIDEO (12)


Teks asal:

Metodologi (Bab 3)#JomTulisTesis (25:27)

 

Bab 3 ye. Bab 3 ini bab metodologi memang kalau salah huraian akan salah semuanya. Jadi kalau kita lihat dalam bab 3 kita ada banyak subtopik tujuannya supaya kita sendiri faham, pemeriksa pun faham, orang lain yang berada di mana-mana pun di Malaysia, luar negara akan faham kerana kita menghuraikan secara kita menjalankan kajian. Itu namanya metodologi. Jadi disini kita lihat ada banyak subtopik iaitu pengenalan, reka bentuk kajian, kaedah kajian. Kaedah kajian dibahagikan kepada sampel jika perlu kalau menggunakan sampel dan juga terdapat lokasi kalau kita menggunakan responden contohnya di sekolah atau dekat mana-mana kampung. Terdapat juga bahan instrumen kajian, prosedur, analisis, kerangka teori, kerangka konseptual dan kesimpulan. biasa pengenalan dalam satu perenggan iaitu 3.1 pengenalan kemudian 3.2 reka bentuk. Di dalam huraian rekabentuk itu pendek dalam satu perenggan sahaja di dalam reka bentuk ini hanya ingin menjelaskan adakah kita menggunakan kualitatif atau kuantitatif. Kalau kita menggunakan kedua-duanya kita jelaskan nya. Tapi adalah tidak wajar memberikan definasi. Tidak perlu memberikan definasi tersebut kerana bab 3 hanya membincangkan tentang kajian kita sahaja. Jadi dalam satu perenggan ceritakan mengenai kualitatif atau kuantitatif atau kedua-duanya sekali. Kemudian 3.3 kaedah kajian. Menjelaskan mengenai apa kaedah yang kita gunakan. Kalau kita menggunakan sampel kita letak sampel contohnya kajian saya mengambil 20 orang pelajar. Jadi sekarang ini saya kena pastikan bahawa saya kena huraikan dengan terperinci iaitu saya membuat kajian terhadap pelajar sekolah rendah lelaki berapa perempuan berapa umur 9 tahun kena spesifik. Satu lagi subtopic iaitu lokasi. Lokasi ini kita kena letak contohnya Sekolah Kebangsaan Serdang. Jadi pemeriksaan negeri lain mungkin tidak tahu di mana sekolah ini. Jadi kita akan letak koordinat. Okey dan lebih bagus letak peta lokasi sekolah tersebut daripada Google map ke atau daripada mana-mana yang jelas bagi lokasi tersebut, Sekolah ini daripada jalan besar supaya orang tahu, Oh sekolah ini kat sini. dan juga kena tahu sekolah ini luar bandar ataupun bandar. Kena jelas dan terperinci. seperti yang saya kata methodologi ini kena terperinci. Kemudian bahan. Kita punya kajian itu tadi tentang wacana textual skrip animinasi. Jadi sekarang ini saya ada sampel saya ada lokasi.  Sebab kita ambil pelajar sekolah untuk temubual mengenai skrip animasi. Saya juga ada bahan atau instrumen yang saya gunakan. Jadi kajian saya mengenai animasi jadi saya ceritakan tentang bahan, cerita tentang animasi cerita rakyat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditulis oleh Normaliza Abdul Rahim pada tahun 2020. Jadi animasi cerita rakyat ini saya yang tulis dan lagu lirik lagu skrip semua saya yang buat dah. Kalau nak tengok boleh tengok di Google Store memang saya dah ada di Google Store ada 33 buah cerita dan 33 buah lagu. Ini promosi tiba-tiba.

 

Sekarang ini bolehlah siapa siapa nak tunjuk kepada anak saudara ataupun jiran punya anak saudara ataupun jiran punya jiran punya jiran anak saudara ataupun cucu dia pun boleh. murah je sebenarnya kita jual buku animasi itu saya yang buat dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terbitkan.  Maknanya memang bahasanya bagus dan cerita rakyat ialah cerita rakyat melayu kita turun-temurun jadi tengok di Google Store dekat apple tak ada. Ya ampun. Jadi sekarang di sini juga kita letak sinopsis cerita rakyat contohnya tajuk cerita rakyat nombor 1 iaitu Cenderawasih ini hanya contoh ya. saya perlu letak sinopsis kat sini. Jadi kita perlu tahu tentang cerita ini sedangkan pemeriksa tak tahu, orang yang nak baca Tesis kita tak tahu. Jadi kita letak lah sinopsis kalau misalnya ceritanya saya ambil 20 cerita rakyat letak 20 sinopsis kat bawah ni ianya mesti letak. Jadi kita pergi ke bahagian prosedur. Jadi prosedur kita ini kita kena letak. Terpulang kepada pelajar atau penyelia. kadang-kadang ada pelajar yang letak dalam bentuk point. Letak nombor 1, 2, 3, 4, 5 sampai 10.  Ada yang letak dalam bentuk perenggan. Bermakna Kalau ada lima prosedur dia letak 5 perenggan. Boleh. Tak ada masalah asalkan kita tahu bahawa prosedur pertama ada kaitan dengan prosedur kedua ada kaitan dengan prosedur ketiga keempat.  Janganlah nombor 1 awak kata awak ambil Pelajar dahulu. Padahal ikut objektif 1 dia kata kenal pasti subjek wacana textual animasi, Awak ambil skrip animasi tersebut kemudian awak analisis tiba-tiba prosedur kedua awak dah panggil pelajar untuk beri pendapat bilanya awak panggil budak tu untuk membaca skrip tu, macam seolah-olah langkah setiap prosedur itu telah melompat-lompat. Jadi salah. Jadi pastikan ini terpulang buat dalam bentuk point atau perenggan tetapi pastikan ia mengikut macam mana awak jalankan kajian. Itu penting. Langkah-langkah macam mana jalankan kajian itu awak je yang tahu. Orang lain semua tak tahu. jadi kena langkah satu-satu. Okey balik kepada 3.5 iaitu analisis.  Analisis ini penting ya Sebab sekarang ini. Kita ada dua objektif. jadi awak Huraikan mengikut objektif pun boleh. jadi di sinilah pentingnya awak mengikut coding tadi Yang saya ceritakan dekat bab 4 tadi. macam contoh coding SK 1 hingga SK 30 merupakan skrip, skrip 1 hingga 30. S1 Merupakan sampel satu hingga sampai 30. Jadi analisis ini yang awak kena jelaskan dan huraian tadi awak kena jelaskan SK ini biasanya kadang-kadang ada orang buat dalam bentuk jadual SK maknanya skrip.  SK 1 maksudnya skrip 1. S1 bermakna sampel 1. Nanti huraikan Sk merujuk kepada apa dia. Kena hurai. Sebab Coding ini penting. Sebab dalam data kalau tak ada coding ni, kita tak faham. Takkanlah setiap kali kita nak taip skrip 1, skrip 2, skrip 3 dan lain-lain. Tak bolehlah macam tu kan dan juga yang ini pula sebelum kena ada satu jadual menceritakan SK 1 mengenai tajuknya Cenderawasih, SK2 pula menceritakan apa burung pipit contohnya. ini tajuk-tajuk daripada skrip yang awak dapati daripada cerita skrip animasi itu tadi.  Kena letak jadual dan huraikan. Kemudian bawah itu Barulah awak ceritakan macam mana awak analisis data tersebut berikan contoh macam mana awak analisis. Jadi yang ini kadang-kadang pelajar pandai dia tengok bab 4 dah letak contoh daripada bab 4 sikit dan letak kat sini. Jadi pemeriksa faham macam mana dia analisis untuk objektif 1, objektif 2 asingkan cara awak huraikan cara awak analisis objektif 1 dengan objektif 2 Dan objektif 3. kat situlah pemeriksa akan faham cara awak analisis data ini.

 

Seterusnya setelah dia buat macam mana cara analisis. Pergi kepada 3.4, kerangka teori.  Okey kerangka teori ini ialah pemilihan teori yang awak pilih. Jadi sekarang tadi kita memilih teori analisis wacana Normaliza Abdul Rahim 2019. Jadi lukis kerangka nama kerangka. Tulis kat dalam teori analisis wacana kemudian awak letak rangka yang awak tulis tadi. jadi kat bawah awak tulis rajah 1 teori analisis wacana Normaliza Abdul Rahim 2019. Kemudian bila dah habis tulis kerangka 3.4, Huraikan kat bawah kerangka itu, tulis rajah 1 di atas menceritakan semua berkenaan teori Normaliza Abdul Rahim ini. Yang ini sahaja perlu 2 hingga 3 halaman sebab ini penting kerana huraian tentang teori ini penting seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa kita menganalisis data kita jalankan kajian berpaksikan teori, tak ada teori memang payah jalan. Jadi takkan kita nak pakai analisis je. Ada juga yang saya dapati semasa saya menjadi pemeriksa Viva Ada juga pelajar yang apabila dia bentang terkejutlah saya kerana dia kata tiada teori yang digunakan. Masa tu memang saya terkejut memang tak tahu apa nak buat macam mana dia boleh analisis data tanpa tiada teori. Dia hanya main rasa sahaja. Jadi semuanya tiap-tiap satu huraian ini janganlah salin bulat-bulat. Macam contohnya teori saya ini ada dalam buku teori wacana strategi komunikasi teori dan aplikasi, semuanya ada di dalam buku ini. Ada juga pelajar yang salin bulat-bulat dia ingat kita tak tengok ke saya ni rajin membaca ya. Jadi jangan ubah ayat cuma pharaprase ayat-ayat itu. Jadi kena sebut lah menurut Normaliza Abdul Rahim 2019, kandungan bla bla bla bla jadi ceritakan tentang teori dan juga dalam teori ini awak boleh juga ceritakan tentang teori analisis wacana Normaliza Abdul Rahim merujuk kepada teori yang dicadangkan oleh sesiapa sebelum ini. memperbaiki teori yang terdahulu. Sebab teori lama yang didapati pada tahun1980. 1977 terlalu lama. kita kita perlu tahu pada zaman dahulu tidak sama dengan sekarang sekarang kita mempunyai digital sekarang, manusia banyak bercakap melalui maya.

 

Dan itu sebenarnya memang boleh dibuat kajian yang banyak. Dan sekarang kanak-kanak kecil apabila kita tanya 1 soalan dia jawab 46. Kalau zaman dahulu orang tua-tua cakap kita tanya dia 1 soalan dia jawab 10, tapi sekarang zaman 2020 kita tanya 1 soalan dia jawab 47 jawapan. Memang dia akan cakap sampai kita kata berhenti. itu sekarang kanak-kanak sekarang Sebab itu kita tidak boleh pakai kerana kadang-kadang tidak releven dengan keadaan sekarang. Tambahan pula jika kita nak buat kajian tentang interaksi, tentang ujaran. tentang penulisan berbeza. tahun enam dia punya tatabahasa berbeza dengan tahun enam punya tatabahasa sekarang yang dekat sama dengan tingkatan 5 zaman dahulu. Jadi ia sangat berbeza sebab itulah kita kalau jumpa teori baharu kita pakai yang baharu sebab orang yang membuat kajian orang yang melahirkan teori ini, dia telah membuat beratus-ratus kajian sebelum dia dapat satu teori ini. Seperti juga teori analisis wacana oleh Normaliza Abdul Rahim ini, dia ini telah membuat beratus-ratus kajian sebelum dapat teori ini.  Dia ini sentiasa mencuba macam-macam dan akhirnya dia dapat satu yang sesuai dengan keadaan zaman digital ini.

 

Okeylah kerangka teori ini dibuat kita ada 3.5 iaitu kerangka konseptual. Kerangka konseptual ini mengikut penyelia masing-masing. Sebab ada penyelia yang mengatakan kerangka konseptual itu seperti tatacara, ada yang mengatakan ini bukan kerangka konseptual. Okey saya sudah jelaskan di dalam buku ini sebenarnya ini semua tetap kepada penyelia fakulti dan universiti buku ini, Cuma panduan sahaja saya tak suruh pun beli buku ini tapi kalau nak carilah kat Shopee ada jual. Saya pun terkejut UPM kata kat Shopee pun boleh beli. Okey sekarang ini mari kita lihat contoh yang saya nak tunjukkan tentang kerangka ini. Ini di sebelah kiri ini menunjukkan kerangka konseptual.  Ini cara saya, Terpulang kepada penyelia yang berbeza. Dia akan kata “eh ini bukan kerangka konseptual ini macam tatacara”, Ada yang kata cara lain. tak apa jangan bimbang, jangan gusar pelajar ya, ikut je cakap penyelia masing-masing. Ingat ya ini panduan hanya sahaja. Saya nak ajar supaya awak dapat bayangkan cara membuat kerangka konseptual tapi jika awak buat cara lain tak apa tiada masalah jadi apabila kerangka konseptual itu dah ada baru kita faham kesemua alur kajian yang dibincangkan. Jadi kita boleh lihat dengan lebih jelas. Kalau saya nak lebih terperinci saya boleh patah balik lihat balik huraian bagi setiap satu subtopik itu. Bagi saya Itulah kerangka konseptual dan bagi pelajar terpulang nak buat macam mana Tapi bagi saya ini jelas. Letakkan di akhir dan 3.5 ini tidak perlukan huraian kerana huraian sudahpun dibuat. Kemudian 3.6 terus masuk kepada kesimpulan. Jadi dalam kesimpulan ini macam biasa awak simpulkan dalam satu perenggan. Awak perlu ingat ya seperti yang saya katakan tadi semua bab perlukan kesimpulan kecuali bab 5. Setiap bab pengenalan itu kena huraikan. Untuk bab 3 biasanya pelajar ada tanya, “Prof berapa halaman ya untuk bab 3”? jadi bab 3 ini sebenarnya tak perlu banyak kerana Ini semua hanya huraian tidak perlu banyak halaman. Tak sampai pun 40 halaman. Biasanya saya kata tak perlu banyak 10 Hingga 15 halaman sahaja. Kalau sampai 20 halaman terlalu banyak. Mungkin yang banyak ni bahagian sinopsis yang lain-lain itu cuma huraian. Contohnya Instagram kita cuma screencapture dan letak saja bahan itu kat sini.

 

Jadi itu tak perlulah kerana kita ada sinopsis 20 cerita yang perlu diceritakan jadi mungkin agak banyak 10 Hingga 15 halaman. Ini bukan bab analisis ini bab metadologi, cara kita menjalankan kajian. Okey selain daripada itu saya rasa untuk bab 3 saya dah jelaskan dengan terperinci dan juga huraian untuk setiap satu kena panjang sampel, lokasi, bahan kena panjang. Dan kadang ada juga pelajar yang letak data rintis contohnya, kajian rintis. Boleh juga kerana dia melibatkan soal selidik dan diringkaskan sebanyak dua atau tiga round itu pun masih tidak betul lagi. Cuba banyak kali sehinggalah soal selidik itu betul-betul sempurna. Jadi, itu kita boleh jelaskan di dalam ini. Tapi jika tidak melibatkan soalan tidak apa. Dalam bahan ini tadi melibatkan skrip jadi jika melibatkan skrip soalan temubual maknanya dalam ini kena ada satu lagi iaitu instrumen. dekat sini awak kena huraikan instrument apa soal selidik. Jadi awak kena letak kadang-kadang belajar letak dilampiran tapi jelaskan apa yang ada contohnya bahagian A ada berapa soalan berkenaan apa dan bahagian B berkenaan apa dia bahagian c berkenaan apa dan jumlah soalan berapa. Yang itu tadi 3.4.1. dan awak ada pula soalan temu bual. Macam mana temubual itu dijalankan, Huraikan di sini. dan soalan temubual itu letaklah soalan itu 1,2,3,4,5,6,7. Disinilah awak boleh letakkan tentang kajian rintis. Jadi ada semua di sini Jika awak menggunakan instrumen kita tak ada tak perlu letak. Jadi sekarang kena ada kalau misalnya soal selidik itu tak nak letak di sini. Biasanya letak dilampiran soalan temubual boleh letak sebab tak banyak Biasanya kajian yang kita jalankan ada triangulation. Maknanya dalam bahagian ini kita ada temu bual, soal selidik, jadi lagi satu dia ada buat pemerhatian.  kalau dia nak jumpa pelajar itu mesti dia ada buat pemerhatian. Okey pastikan bahawa bila dah ada pemerhatian itu kita kena jelaskan kepada pelajar macam mana cara dia, adakah awak pasang video dan letak kat tepi, awak perhatikan temubual itu. Antara awak dengan pelajar itu ataupun dua orang pelajar kat depan. Kena ceritakan cara-cara pemerhatian itu dijalankan. Semasa prosedur jelaskan langkah-langkah daripada mula sampai akhir. Kalau nak asingkan mengikut objektif pun tidak apa kerana objektif pertama berbeza dengan objektif kedua. Okey boleh faham tak ni? Saya ulang balik kita ada pengenalan, reka bentuk, kaedah, sampel, lokasi, bahan atau instrumen yang memang ada tetapi saya tinggal tadi maaf. Kita ada bahan jika ada bahan kita asingkan dengan instrumen yang kita gunakan., jika ada kedua-duanya letak keduanya sekali. Seterusnya prosedur, analisis, kerangka teori kerangka konseptual Dan Akhir sekali kesimpulan. Jadi dalam bab ini ada 10 hingga 12 paling banyak 15. Biasanya jarang pelajar buat tidak sampai 15 halaman kerana tidak ada apa yang boleh dijelaskan panjang lebar. Jadi ingat bab 3 ini sangat penting sebab bab 3 ini tentang kajian kita maknanya huraian tentang bagaimana cara kita menjalankan kajian. saya ulang tidak perlu meletakkan definisi sampel, definasi lokasi, semua itu tidak perlu. Kerana semuanya itu pelajar punya. Kalau nak cerita sikit adalah rujukan, boleh lah letak. Kalau tak ada tak apa. Kecuali teori kerana teori itu bukan kita punya. Yang lain itu kita punya. Kita nak bagi pemeriksa itu faham, kita nak bagi kalau ada pelajar lain yang baca kajian kita mereka akan terus faham macam mana keadaan kita ini dijalankan.

 

 

 

Teks Terjemahan:

Methodology (Chapter 3)#JomTulisTesis (25:27)

 

Chapter 3 ye. Chapter 3 is a methodology chapter, if the description is wrong, everything will be wrong. So if we see in chapter 3 we have many subtopics of the purpose so that we ourselves understand, even examiners understand, others who are anywhere in Malaysia, abroad will understand because we describe in our way of conducting research. That is called methodology. So here we see there are many subtopics namely introduction, study design, research methods. The research method is divided into samples if necessary if using a sample and there is also a location if we use respondents for example at school or near any village. There are also study instrument materials, procedures, analyzes, theoretical frameworks, conceptual frameworks and conclusions. common introduction in one paragraph i.e. 3.1 introduction then 3.2 design. In the description of the design is short in one paragraph only in this design just want to explain whether we use qualitative or quantitative. If we use both we explain it. But it is not reasonable to give a definition. There is no need to give that definition because chapter 3 only discusses our study only. So in one paragraph tell about qualitative or quantitative or both at once. Then 3.3 study methods. Explain about what method we use. If we use a sample, we place a sample for example my study took 20 students. So now I have to make sure that I have to explain in detail that I did a study on male primary school students how many girls how many 9 years old must be specific. Another subtopic is location. This location we have to put for example Sekolah Kebangsaan Serdang. So other state inspections may not know where this school is. So we will place the coordinates. Okay and better put a map of the location of the school from Google map to or from any that is clear of the location, this school is off the highway so people know, Oh this school is here. and also need to know this school is rural or urban. Must be clear and detailed. as I said this methodology needs to be detailed.

 

Then the ingredients. We had that study earlier about the textual discourse of the animation script. So now I have a sample I have a location. Because we take school students for interviews about animated scripts. I also have materials or instruments that I use. So my study on animation so I told about the material, the story about the animation of folklore published by Dewan Bahasa dan Pustaka written by Normaliza Abdul Rahim in 2020. So this folklore animation I wrote and the lyrics of the script song all I did. If you want to see, you can look in the Google Store, I already have in the Google Store, there are 33 stories and 33 songs. This is a sudden promotion.

 

Now this can be anyone who wants to show to a nephew or a neighbor who has a nephew or a neighbor who has a neighbor who has a neighbor a nephew or a grandchild he can also. murah je actually we sell the animated book I made and Dewan Bahasa dan Pustaka published. This means that it is a great language and folklore is folklore Malay hereditary so we look at the Google Store near the apple does not exist. Oh my gosh. So now here we also put a synopsis of folklore for example the title of folklore number 1 which is Paradise is just an example yes. I need to put a synopsis here. So we need to know about this story while the examiner does not know, the person who wants to read our Thesis does not know. So we put a synopsis if for example the story I took 20 folk tales put 20 synopses below it must be placed. So we go to the procedure section. So we have to put this procedure in place. It is up to the student or supervisor. sometimes there are students who place in the form of points. Put numbers 1, 2, 3, 4, 5 to 10. Some are in paragraph form. Meaning If there are five procedures he puts 5 paragraphs. Yes. There is no problem as long as we know that the first procedure has to do with the second procedure has to do with the fourth to the fourth procedure. Don't be number 1 you say you take Students first. Though follow objective 1 he said identify the subject of animated textual discourse, you take the animation script then you suddenly analyze the second procedure you have called the student to give an opinion when you call the boy to read the script, as if the steps of each procedure it has jumped. So wrong. So make sure this is up to you in the form of points or paragraphs but make sure it depends on how you conduct the study. That is important. Steps on how to conduct the study you know. Everyone else does not know. so one step at a time. Okay back to 3.5 which is analysis. This analysis is important because now. We have two objectives. so you describe according to the objective can also. so here is the importance of you following the cording earlier What I told you about in chapter 4 earlier. for example, coding SK 1 to SK 30 is a script, scripts 1 to 30. S1 Is a sample of one to 30. So this analysis that you have to explain and the description you have to explain this SK is usually sometimes made by someone in the form of SK schedule the meaning of the script. SK 1 means script 1. S1 means sample 1. Explain later Sk refers to what he is. Be careful. Because Coding is important. Because in the data if there is no coding, we do not understand. Not every time we want to type script 1, script 2, script 3 and so on. It can't be like that and also this one before there has to be a schedule to tell SK 1 about the title Cenderawasih, SK2 also tells what sparrows are for example. These are the titles of the script you got from the animated script story just now. Have to put a table and explain. Then below that Then you tell how you analyze the data give an example of how you analyze. So this is sometimes a clever student he sees chapter 4 has put an example from chapter 4 a little and put it here. So the examiner understands how he analyzes for objective 1, objective 2 separates the way you describe the way you analyze objective 1 with objective 2 And objective 3. then the examiner will understand the way you analyze this data.

 

Next, after he did the analysis. Go to 3.4, theoretical framework. Okay this theoretical framework is the selection of the theory you choose. So now we have chosen the theory of Normaliza Abdul Rahim discourse analysis 2019. So draw a framework name framework. Write kat in the theory of discourse analysis then you put the framework you wrote earlier. so below you write figure 1 of Normaliza Abdul Rahim's discourse analysis theory 2019. Then when you have finished writing the framework 3.4, Explain the bottom of the framework, write figure 1 above to tell all about Normaliza Abdul Rahim's theory. This one only needs 2 to 3 pages because this is important because the description of this theory is important as I said before that we analyze our data to conduct a theory-based study, no theory is worth the effort. So we do not want to use je analysis. Some I found when I was a Viva examiner There were also students who when he presented I was surprised because he said no theory was used. At that time, I was really surprised because I did not know what to do with how he could analyze the data without any theory. He just plays with taste. So do not copy every single one of these descriptions. For example, my theory is in the discourse theory book of communication strategy theory and application, all in this book. There are also students who completely copy, he remembers that we do not look at me diligently reading yes. So do not change the sentence just pharaprase those verses. So it must be mentioned that according to Normaliza Abdul Rahim 2019, the content of blah blah blah blah so tells about the theory and also in this theory you can also tell about the theory of discourse analysis Normaliza Abdul Rahim refers to the theory proposed by anyone before. correcting previous theories. The reason for the old theory found in 1980. 1977 is too long. we we need to know in the past is not the same as now we have digital now, humans talk a lot through virtual.

 

And that can actually be done a lot of research. And now a small child when we ask 1 question he answered 46. If in the old day’s parents said we asked him 1 question he answered 10, but now in 2020 we ask 1 question he answered 47 answers. Indeed, he will speak until we say stop. that now children now That is why we can not wear it because sometimes it is not relevant to the current situation. Furthermore, if we want to do research on interaction, on speech. about different writing. year six he has grammar different from year six he has grammar now which is close to the same level 5 of yesteryear. So it is very different that is why we if we find a new theory we adopt a new one because the person who made the study of the person who gave birth to this theory, he did hundreds of studies before he got this one theory. Like the theory of discourse analysis by Normaliza Abdul Rahim, he has done hundreds of studies before getting this theory. He always tried all sorts of things and finally he got one that suits the conditions of this digital age.

 

Okay this theoretical framework is made we have 3.5 which is the conceptual framework. This conceptual framework follows the respective supervisors. Because some supervisors say that the conceptual framework is like a procedure, some say this is not a conceptual framework. Okay, I have already explained in this book, in fact, this is all up to the supervisor of the faculty and university of this book. It's just a guide, I did not even ask to buy this book, but if you want to look for Shopee, there is a sale. I was surprised that UPM said that Shopee can also buy. Okay now let's look at an example I want to show about this framework. This on the left shows this conceptual framework. This is my way; it depends on the different supervisor. He will say "uh this is not a conceptual framework this kind of procedure", Some say another way. It's okay, don't worry, don't upset the students, follow the instructions of their respective supervisors. Remember yes this is just a guide. I want to teach you so that you can imagine how to make a conceptual framework, but if you do it the other way, it doesn't matter, so when the conceptual framework is there, we will understand all the research channels discussed. So we can see more clearly. If I want more detail I can break back and look back at the description for each of these subtopics. For me That is the conceptual framework and for students it depends on what to do but for me this is clear. Put at the end and this 3.5 does not need a description because the description has already been made. Then 3.6 goes straight to the conclusion. So in this conclusion as usual you conclude in one paragraph. You need to remember yes as I said earlier all chapters need conclusions except chapter 5. Each introductory chapter must be elaborated. For chapter 3, students usually ask, "Prof, how many pages for chapter 3"? so this chapter 3 does not actually need much because This is all just a description does not need a lot of pages. Not even 40 pages. Usually I say you don't need many 10 to 15 pages only. If up to 20 pages is too much. Maybe a lot of these other synopsis parts are just descriptions. For example, our Instagram is just a screencapture and just put the material here.

 

So that is not necessary because we have a synopsis of 20 stories that need to be told so maybe a lot of 10 to 15 pages. This is not a chapter of analysis this chapter of methodology, the way we conduct research. Okay apart from that I think for chapter 3 I have explained in detail and also the description for each one of the sample length, location, material length. And sometimes there are also students who put pilot data for example, pilot study. It could also be because he involved a questionnaire and summarized as many as two or three rounds is still incorrect. Try many times until the questionnaire is completely perfect. So, that we can explain in this. But if it does not involve questions it does not matter. In this material, it involves the script, so if it involves the script of the interview question, the meaning in this is that there must be another instrument. near here you have to describe what instrument the questionnaire is. So you have to put sometimes learn to place attached but explain what is there for example part A there are how many questions about what and part B about what he part c about what and how many questions. That was just 3.4.1. and you also have an interview question. How the interview was conducted, describe here? and the interview question put the question 1,2,3,4,5,6,7. This is where you can put about a pilot study. So there is everything here If you use our instruments there is no need to put. So now there must be if for example the questionnaire does not want to be placed here. Usually placed near the interview questions can be placed because there are not many Usually the study we conduct there is triangulation. Meaning in this section we have interviews, questionnaires, so another one he has for observation. if he wants to meet the student he must be there for observation. Okay make sure that when there is the observation we have to explain to the student what kind of way he is, do you put a video and put it by the side, you watch the interview. Between you and the student or two students at the front. Need to tell the way the observation was carried out. During the procedure explain the steps from start to finish. If you want to separate according to the objective, it does not matter because the first objective is different from the second objective. Okay can you understand this? I repeat we have an introduction, design, method, sample, location, material or instrument that is there but I stayed just sorry. We have material if there is material we separate with the instrument we use., If there is both place both at once. Next procedures, analysis, conceptual framework conceptual framework and Finally conclusion. So in this chapter there are 10 to 12 at most 15. Usually students rarely make less than 15 pages because there is nothing that can be explained at length. So remember this chapter 3 is very important because this chapter 3 about our study means a description of how we conduct research. I repeat no need to put sample definition, location definition, all that is not necessary. Because that's all students have. If you want a little story is a reference, you can put it. If there is nothing, it doesn't matter. Except theory because that theory is not ours. The rest we have. We want the examiner to understand, we want to share if there are other students who read our study they will continue to understand how our situation is conducted.



RUJUKAN :

    Normaliza Abd Rahim. (2019).  Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Youtube Channel Prof. Dr Normaliza - https://youtu.be/EQSL1RPfhtk



   


Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada Minggu 11 ❤